Al Jazari Center Team

AL JAZARI CENTER

Pusat Pembelajaran Al-Quran dan Iqra

Al Jazari Center Logo

AL JAZARI CENTER

Pusat Pembelajaran Al-Quran dan Iqra

خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ

"Sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya"

[Riwayat al-Bukhari (5027)]

Bergabunglah dengan kami dalam perjalanan pembelajaran Al-Quran yang bermakna. Al Jazari Center telah membantu ribuan pelajar dari pelbagai peringkat umur untuk menguasai bacaan Al-Quran dengan tajwid yang betul sejak 2016.

Tentang Al Jazari Center

Al Jazari Center adalah sebuah pusat pembelajaran Al-Quran untuk semua peringkat umur dan tahap secara individu dan berkumpulan. AJC telah ditubuhkan daripada tahun 2016 lagi, yang dulunya hanya memfokuskan kepada golongan dewasa.

Alhamdulillah dengan izin Allah, kini, kami dapat meluaskan lagi sasaran kami kepada golongan remaja dan kanak-kanak. Al Jazari Center juga giat memulakan langkah baru dengan membawa nama Al Jazari sebagai Pusat Tuisyen sejak tahun 2023. Kini kami beroperasi sebagai Pusat Belajar Al-Quran dan Pusat Tuisyen akademik. Impian kami untuk membantu lebih ramai orang lagi celik Al-Quran dan cemerlang pelajaran.

Maklumat Hubungi

Alamat

Cawangan Utama: No 564 T/2 Pt 3332 Jalan Bachok, Kg Peringat, 16400 Melor, Kelantan, Malaysia

Cawangan Kedua: Lot 632, Belakang Econ Jaya, Jalan Nara, 16800 Pasir Puteh, Kelantan.

Cawangan Ketiga: Lot 3202-B, Jalan Bachok, Kg Beris Kubor Besar, 16050 Bachok, Kelantan.

Telefon

018-9171 896
011-3759 6939

Email

aljazarienterprise@gmail.com

Program Pengajian Kami

Al Jazari Center menawarkan pelbagai program pengajian yang sesuai untuk semua peringkat umur dan keperluan

Kelas Mengaji PERSONAL

Dewasa dan Kanak-kanak

Pengajian perseorangan antara pelajar dan guru. Tiada lagi istilah malu dan segan kerana anda boleh mengaji secara one to one dengan Guru kami yang berpengalaman.

Kelas Mengaji BERKUMPULAN

Kanak-Kanak

Kelas Al Quran dan Iqra secara berkumpulan untuk kanak-kanak. Disediakan dua slot malam dan petang sebagai pilihan ibubapa.

Kelas Mengaji ONLINE

Tiada Batasan Jarak

Tiada lagi batas jarak dan masa, anda boleh bertalaqqi dengan guru kami bila-bila masa sahaja menggunakan WhatsApp call/Zoom/Google Meet.

Pakej Adik-Beradik

Maksimum 3 Orang

Kelas pengajian secara berkumpulan untuk kanak-kanak hanya terhad untuk 3 orang pelajar dalam satu kumpulan, mestilah dalam kalangan adik-beradik.

Pakej Berpasangan Suami Isteri

Kelas Khusus Pasangan

Kelas pengajian secara berpasangan ini khusus untuk berpasangan suami isteri. Tempoh masa pengajian adalah selama 1 jam.

Kelas Mengaji HOME QURAN

Guru Datang ke Rumah

Anda boleh belajar mengaji Al-Quran dan Iqra dirumah sendiri, guru-guru kami akan ke rumah anda seperti mana jadual yang telah ditetapkan.

TUISYEN PERSEDIAAN UPKK

Kelas Khas Tahun 5

Kelas khas untuk pelajar tahun 5 yang bakal menghadapi Ujian Peperiksaan Kelas KAFA (UPKK). Menyediakan 6 subjek KAFA yang menjadi cabaran utama pelajar iaitu, Jawi, Sirah, Bahasa Arab, Aqidah, Ibadah dan Adab.

TUISYEN JAWI

Setiap Hari Jumaat

Mantapkan penguasaan Jawi anak-anak dengan teknik mudah dan senang faham pada setiap hari jumaat. Belajar dari asas sehingga mahir membaca dan menulis jawi.

TUISYEN BAHASA ARAB

Setiap Hari Sabtu

Program pengajian mengikut sukatan KAFA, sesuai untuk pelajar tahun 1-5 yang ingin belajar daripada asas. Kelas pada setiap hari sabtu.

Slot Percubaan RM10

Menyediakan slot percubaan RM10 selama 30 minit, kepada pelanggan yang ingin mencuba dahulu pakej kelas mengaji individu, sebelum mendaftar.

Kelas Tahfiz Kanak-Kanak Hujung Minggu

Nak anak-anak menjadi Hafiz Al-Quran? Disini pilihannya! Pengajian kelas tahfiz kami yang mengikuti Silibus Tahfiz KPM dapat membantu anak-anak anda membuat persediaan awal untuk ke Sekolah Menengah Tahfiz.

Ciri-ciri Program

Kelas sekali seminggu

Pilih antara hari Jumaat atau Sabtu

4 jam pembelajaran

Dari pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari

Mengikut Silibus KPM

Silibus Tahfiz Kementerian Pendidikan Malaysia

Rekod bulanan

Catatan rekod bulanan pelajar

4 Asas Utama Tahfiz:

  • Perbetul Bacaan
  • Hafazan Baru
  • Ulangan Hafazan
  • Penulisan Ayat Al-Quran

Tentatif Program Mingguan

Jadual Harian
8.00 pagi
Talaqqi dan Perbetulkan bacaan hafazan baru
8.30 pagi
Mula menghafaz hafalan baru
9.00 pagi
Tasmik (Hafazan Baru)
10.00 pagi
Rehat
10.30 pagi
Tasmik (Hafazan Baru)
11.00 pagi
Murajaah (Hafazan Lama)
11.30 pagi
Sesi Penulisan ayat Al-Quran
12.00 t/hari
Kelas Berakhir dan Bersurai

Galeri Al Jazari Center

Lihat suasana pembelajaran Al-Quran dan program tuisyen di Al Jazari Center melalui pelbagai program yang kami tawarkan

Kelas Mengaji Individual - Sesi pembelajaran satu-ke-satu

Kelas mengaji individu

Kelas Mengaji Individual - Pembelajaran personal dengan guru

Kelas mengaji individu

Kelas Berpasangan - Pembelajaran dalam kumpulan kecil

Kelas mengaji berpasangan

Kelas Berpasangan - Sesi pembelajaran berpasangan

Kelas mengaji berpasangan

Kelas Kanak-kanak - Pembelajaran individual untuk kanak-kanak

Kelas mengaji kanak-kanak

Kelas Kanak-kanak - Pembelajaran berkelompok untuk kanak-kanak

Kelas mengaji kanak-kanak

Kelas Adik Beradik - Pembelajaran untuk adik-beradik

Kelas mengaji adik-beradik

Kelas Adik Beradik - Sesi pembelajaran keluarga

Kelas mengaji adik-beradik

Kelas Tahfiz Hujung Minggu - Pembelajaran hafazan Al-Quran

Kelas Tahfiz Hujung Minggu

Kelas Tahfiz Hujung Minggu - Sesi hafazan berkelompok

Kelas Tahfiz Hujung Minggu

Tuisyen Persediaan UPKK - Kelas persediaan peperiksaan KAFA

Tuisyen Persediaan UPKK

Tuisyen Persediaan UPKK - Sesi pembelajaran aktif untuk UPKK

Tuisyen Persediaan UPKK

Tuisyen Jawi - Pembelajaran membaca dan menulis Jawi

Tuisyen Jawi

Tuisyen Jawi - Kelas Jawi untuk pelbagai peringkat umur

Tuisyen Jawi

Tuisyen Bahasa Arab - Pembelajaran Bahasa Arab mengikut sukatan KAFA

Tuisyen Bahasa Arab

Tuisyen Bahasa Arab - Pelajar menunjukkan hasil pembelajaran Bahasa Arab

Tuisyen Bahasa Arab

Kelebihan Di Al Jazari Center

MASA YANG FLEXIBLE

Pelajar bebas memilih Hari dan Masa pengajian samada pada sesi pagi, petang atau malam.

KELAS BOLEH GANTI

Pelajar yang tidak hadir pada hari yang dijadualkan boleh menggantikan kelas pada hari dan masa yang dipilih mengikut kekosongan slot guru.

USTAZ/USTAZAH BOLEH PILIH

Pelajar boleh memilih samaada ingin belajar dengan Ustaz atau pun Ustazah.

KHATAM 30 JUZUK AL QURAN

Pelajar yang khatam 30 Juzuk Al Quran akan diberikan Sijil Khatam Al-Quran daripada Pihak Al Jazari Center.

GURU YANG BERKELAYAKAN

Guru-guru kami disini semuanya dari lulusan institusi agama yang berkebolehan dalam pengajarannya.

Apa Yang Anda Akan Dapat

(Berdasarkan pemerhatian daripada guru-guru kami terhadap pelajar mereka)

  • Sebutan Huruf Hijaiyah Pelajar jelas, dengan Makhraj Huruf yang betul
  • Bacaan Al-Quran pelajar menjadi lancar dengan bacaan tajwid yang betul
  • Panjang dan pendek harakat dapat dibaca dengan sempurna
  • Pengetahuan tentang Hukum-hukum Tajwid yang Asas dengan baik
  • Kenal Pasti Hukum Tajwid semasa membaca Al Quran

Kami Mencari Orang Yang Seperti Ini

  • Masih merangkak-rangkak baca Al-Quran
  • Masih tak kenal huruf dan sebut Huruf Hijaiyah dengan betul
  • Mualaf dewasa yang mahu belajar Quran tapi tak ada guru
  • Baca Al-Quran tanpa tajwid yang betul
  • Tak tahu langsung hukum-hukum tajwid dalam Al-Quran
  • Dah ada niat nak belajar mengaji dengan guru

Tawaran Menarik Di Al Jazari Center!

SEMAK BACAAN AL-FATIHAH

PERCUMA

Semakan bacaan Al-Fatihah secara percuma kepada orang awam yang ingin menyemak bacaan dengan guru secara bersemuka atau online.

KELAS INTENSIF TAJWID ONLINE

PERCUMA

Kelas Intensif Tajwid online akan diadakan pada setiap minggu selama 1 JAM 30 MINIT menggunakan platform Live seperti Google Meet/Zoom.

*Hanya layak untuk pelajar dan Ibubapa pelajar yang berdaftar dengan Al Jazari Center

KELAS BAHASA ARAB AL-QURAN

PERCUMA

Kelas Bahasa Arab Al-Quran (Fizikal dan Online) diadakan pada setiap minggu selama 1 JAM menggunakan platform Live seperti Google Meet/Zoom.

*Hanya layak untuk pelajar dewasa yang berdaftar dengan Al Jazari Center

Cara Mendaftar Melalui Website

1

Pilih Jenis program mengaji yang sesuai dengan anda

2

Buat pembayaran yuran pendaftaran, sebanyak RM30

3

Admin akan menghubungi Tuan/Puan untuk perincian seterusnya

Frequently Asked Questions

Jawapan kepada soalan-soalan yang kerap ditanya

Hubungi Kami

Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut atau untuk mendaftar

Maklumat Hubungi

Alamat

No 564 T/2 Pt 3332 Jalan Bachok, Kg Peringat, 16400 Melor, Kelantan, Malaysia

Telefon

018-9171 896

011-3759 6939

Email

aljazarienterprise@gmail.com

Waktu Operasi

Kelas kami beroperasi dari jam 8 pagi sehingga 10 malam, setiap hari. Jadual pengajian sangatlah flexible mengikut pilihan pelajar.

Borang Pendaftaran